Thursday, September 5, 2019

NOTA : NUN SAKINAH DAN TANWIIN



Pengertian Nun Sakinah dan Tanwin:

Nun Sakinan  النون الساكنة  ialah nun sukun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Tanwin  التنوين ialah baris dua sama ada baris dua di atas (fathatan), baris dua dibawah (kasratan), atau baris dua di hadapan (dhommatan).


Terdapat empat hukum bagi Nun Sakinah dan Tanwin apabila bertemu huruf-huruf al-Quran:


    IZHAR HALQI-  إظهار الحلقي

Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong. Dari segi istilah, izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.

Terdapat 6 huruf izhar halqi kesemuanya, iaitu:   خ غ ح ع ه أ

Izhar bermaksud menjelaskan atau menzahirkan, oleh itu hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa mendengungkannya.

Huruf-huruf Izhar Halqi ini terhimpun dalam rangkai kata:  أَغْحٍ خَعَهُ

   
IDGHAM –  الإدغام

Idgham bererti menggabungkan. Dari segi istilah, Idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris.

Enam huruf kesemuanya iaitu:  ي ن م و ل ر

Huruf-huruf Idgham ini dihimpunkan dalam rangkai kataيَرْمَلُوْنَ

Idgham terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  
  Idgham Maal Ghunnah.  إدغام مع الغنة

Idgham Maal Ghunnah bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta dengung

Empat dari huruf idgham yang enam itu, iaitu: ي ن م و terhimpun dalam rangkai kata:  يَنْمُوْ

Apabila nun Sakinah atau tanwin bertemu huruf-huruf ini maka hendaklah digabungkan bacaan nun itu ke dalam huruf selepasnya kemudian didengungkan.

Contoh-contohnya:

  مَن يَقُولُ  –  مِّن نِّعْمَةٍ  –  مِن مَّاءٍ  –  مِنْ وَلِيٍّ

    Idgham Bila Ghunnah. إدغام بلا غنة

Menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung.

Dua dari enam huruf idgham iaitu: ل , ر

Cara membaca Idgham Bila ghunnah ialah dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya, tanpa didengungkan.

Contoh-contohnya:

 مِّن رَّبِّهِمْ  – مِن لَّدُنْهُ

  • IQLAB – إِقلاب
Dari segi bahasa, Iqlab bererti tukar. dari segi istilah pula Iqlab bererti menukarkan sebutan nun sakinah atau tanwin kepada mim م dengan menjaga Ikhfa dan dengung.
Satu saja iaitu: ب
Apabila nun Sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf ب , maka hendaklah ditukarkan sebutan nun kepada suara mim secara Ikfa berserta dengung.
Contoh-contohnya:
 أَنْبِئْهُمْ  – أَنْ بُورِكَ  – سَمِيعٌ بَصِيرٌ   

  • IKHFA – الإخفاء الحقيقي
Dari segi bahasa Ikhfa bererti sembunyi. Hakiki bererti berlaku dengan sebenar-benarnya. Dari segi istilah pula Ikhfa bermaksud membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham berserta dengung.
15 huruf selain 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1huruf Iqlab iaitu:

ت ث ج  د ذ ز س ش ص
ض ط ظ ف ق ك

Ikhfa adalah sebutan pertengahan di antara izhar (jelas) dan Idgham (gabung) iaitu menyamarkan sebutan Nun. Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu 15 huruf Ikhfa, maka hendaklah didengungkan nun tanpa menzahirkannya atau menggabungkannya dengan huruf selepasnya.
Huruf Ikhfa Hakiki berjumlah 15 itu terhimpun dalam rangkai kata: سَتُجْزَصَدَّكَ فَثِقْ ضَطَظٍ شَذَ

Monday, August 26, 2019


....................................................... بسم الله الرحمن الرحيم ...............................................

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatullah………..
Entry kali ini, mari kita belajar tentang hukum Mim (م) dan Nun (ن) bertasydid 






أحكام الميم والنون المشددتين
v  BACAAN MIM DAN NUN YANG BERTANDA SYADDAH Syaddah adalah baris sabdu. (ّ) .
v  Apabila terdapat huruf nun atau mim bertanda syaddah sama ada di awal, ditengah atau di hujung kalimah.
v  HUKUM: wajib menzahirkan ghunnah (dengung)
dengan kadar 2 harakat samada ada ketika berhenti mahupun ketika sambungkan bacaan.
v  Contoh ayat :

  Image result for makna ghunnah  







الْغُنَّةُ
Pengertian ghunnah :


الْغُنَّةُ لُغَةً هِيَ صَوْتٌ أَرِنٌ يَخْرُجُ مِنَ الْـخَيْشُوْمِ
Ghunnah dari segi bahasa adalah suara lembut yang keluar dari hidung.



واصطلاحا صَوْتٌ لَذِيْذٌ لَهُ رَنِيْنٌ مُرُكَبٌ فِي جِسْمِ النُّوْنِ وَالْمِيْمِ 
Ghunnah dari segi istilah ialah suara yang enak yang terdapat pada nun dan mim. Perlu diketahui bahwa ghunnah adalah sifat yang berlaku pada nun dan mim dalam semua keadaan baik tasydid, sukun, atau berharakat. Selama tidak dileburkan ke makhraj yang lain maka nun dan mim harus dibaca ghunnah.


Makhraj Ghunnah:  الْـخَيْشُوْمِ

Perhatikan gambar berikut:




Pada gambar di atas, ketika kita melafazkan hukum ghunnah maka ada aliran udara yang keluar dari hidung. Nun dan mim bertasydid dibaca ghunnah baik tasydid langsung mahupun tasydid karena idghom. Untuk membuktikan ghunnah cuba tekan hidung.! Apabila ada getaran bererti ada ghunnah.


Kadar Harakat: tidak lebih dan kurang dari 2 harakat, seperti mad tabi’i


Sunday, August 25, 2019


Maharat Al-Quran
Assalammualaikum….
Jom kita bercerita tentang pengajian Maharat al-Quran.
Maharatul Quran membawa maksud kemahiran-kemahiran Al-Quran. Ini ialah antara subjek yang diwajibkan bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Model Ulul Al-Bab (TMUA). Subjek ini merangkumi pembelajaran tentang Adab al-Quran, Tajwid, tilawah, Qiraat dan Rasm al-Quran.


            Buku Teks Maharat Al-Quran: