Pengertian Nun Sakinah dan Tanwin:
Nun Sakinan
النون الساكنة ialah nun sukun
yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Tanwin التنوين ialah baris dua sama ada baris dua di
atas (fathatan), baris dua dibawah (kasratan), atau baris dua di
hadapan (dhommatan).
Terdapat empat hukum bagi Nun
Sakinah dan Tanwin apabila bertemu huruf-huruf al-Quran:
IZHAR HALQI- إظهار الحلقي
Izhar bererti jelas atau nyata.
Halqi pula bererti kerongkong. Dari segi istilah, izhar bermaksud melafazkan
nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.
Terdapat 6 huruf izhar halqi
kesemuanya, iaitu: خ غ ح ع ه أ
Izhar bermaksud menjelaskan atau
menzahirkan, oleh itu hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa
mendengungkannya.
Huruf-huruf Izhar Halqi ini
terhimpun dalam rangkai kata: أَغْحٍ خَعَهُ
IDGHAM
– الإدغام
Idgham bererti menggabungkan. Dari
segi istilah, Idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam
huruf yang berbaris.
Enam huruf kesemuanya iaitu: ي ن م و ل ر
Huruf-huruf Idgham ini dihimpunkan
dalam rangkai kata: يَرْمَلُوْنَ
Idgham terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:
Idgham Maal Ghunnah. إدغام مع الغنة
Idgham Maal Ghunnah bermaksud
menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta
dengung
Empat dari huruf idgham yang enam
itu, iaitu: ي ن م و terhimpun dalam rangkai
kata: يَنْمُوْ
Apabila nun Sakinah atau tanwin
bertemu huruf-huruf ini maka hendaklah digabungkan bacaan nun itu ke dalam
huruf selepasnya kemudian didengungkan.
Contoh-contohnya:
مَن يَقُولُ
– مِّن نِّعْمَةٍ – مِن مَّاءٍ – مِنْ
وَلِيٍّ
Idgham Bila Ghunnah. إدغام بلا غنة
Menggabungkan suara huruf yang sukun
ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung.
Dua dari enam huruf idgham iaitu: ل , ر
Cara membaca Idgham Bila ghunnah
ialah dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya, tanpa
didengungkan.
Contoh-contohnya:
مِّن رَّبِّهِمْ – مِن لَّدُنْهُ
- IQLAB – إِقلاب
Dari segi bahasa, Iqlab bererti
tukar. dari segi istilah pula Iqlab bererti menukarkan sebutan nun sakinah atau
tanwin kepada mim م dengan menjaga Ikhfa dan dengung.
Satu saja iaitu: ب
Apabila nun Sakinah atau tanwin
bertemu dengan huruf ب , maka hendaklah ditukarkan sebutan nun
kepada suara mim secara Ikfa berserta dengung.
Contoh-contohnya:
أَنْبِئْهُمْ – أَنْ بُورِكَ – سَمِيعٌ
بَصِيرٌ
- IKHFA – الإخفاء الحقيقي
Dari segi bahasa Ikhfa bererti
sembunyi. Hakiki bererti berlaku dengan sebenar-benarnya. Dari segi istilah
pula Ikhfa bermaksud membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan
sebutan Idgham berserta dengung.
15 huruf selain 6 huruf Izhar, 6
huruf Idgham dan 1huruf Iqlab iaitu:
ت ث ج د ذ ز س ش ص
ض ط ظ ف ق ك
Ikhfa adalah sebutan pertengahan di
antara izhar (jelas) dan Idgham (gabung) iaitu menyamarkan sebutan Nun. Apabila
nun sakinah atau tanwin bertemu 15 huruf Ikhfa, maka hendaklah didengungkan nun
tanpa menzahirkannya atau menggabungkannya dengan huruf selepasnya.
Huruf Ikhfa Hakiki berjumlah 15 itu
terhimpun dalam rangkai kata: سَتُجْزَصَدَّكَ
فَثِقْ ضَطَظٍ شَذَ
Alhamdulillah
ReplyDeleteApa maksud kurufsakhina
ReplyDeletetahlah
Delete:D
ReplyDeleteOK
ReplyDelete...
DeleteAnk saya telah mendapat nombor 2 dlm kelas kerna baca kesemua ini 😃😆 cuma yg atas mula-mula tu salah sedikit disitu ditulis "sakinan" 😅
ReplyDeleteTahniah untuk anak puan
DeleteTahniah
DeleteTerima kasih 😉😊
ReplyDelete